Makan Angin....


Malaysia memang kaya dengan keindahan alam semula jadi yang sepatutnya kita syukuri dan hargai kurniaan tuhan yang tidak ternilai.

Alhamdulliah, mungkin rezki aku berkesempatan untuk merantau kesemua negeri di Malaysia sambil kerja. Walaupun atas sebab tugas, tapi sedikit sebanyak memberi aku peluang mengenali "tempat orang".

Sekali-sekala merentasi sawah padi, nasi berlauk@ nasi ikan di perlis, nasi kandar yang tak berapa nak kandar, seni kraf dan lagat warga Malaysia yang bermacam ragam menceriakan suasana.

Aku mengambil kesempatan untuk bercuti ke pulau Langkawi sebanyak 2 kali. Sambil-sambil bawa ahli keluarga makan angin..banyak juga perubahan di pulau keramat tersebut setelah hampir 18 tahun tidak ke sana.

Bermacam-macam projek pembangunan rancak dilaksanakan, pekan kuah tidak seperti dulu. Jeti kuah juga sudah ade kelasnya yang tersendiri. Perkhidmatan kereta sewa juga semakin baik dan pelbagai jenis kereta pengunjung boleh "merasa" sambil-sambil melancong di pulau bertuah ini.

Tapi kadang-kadang terfikir juga, keterlampauan pembangunan yang kadang-kala dilihat boleh menyebabkan hilangnya seri si pulau mahsuri ni. Ada tempat-tempat bersejarah pula dikenakan bayaran. Sesetengah penempatan sesebuah kawasan perniagaan kecil juga tidak strategik.

Keseimbangan pembangunan & keaslian pulau yang kaya dengan khazanah dan keindahan alam semula jadi seperti pulau langkawi ni sepatutnya di ambil serius. Tidak salah menjadikan pulau ini zon bebas cukai, tetapi sesetengah pelancong mahukan keunikan sebenar erti makan angin bagi merehatkan minda dengan terapi alam ni..

Comments

Popular Posts