Kerja


1. Semua orang akan memikirkan perkara yang sama..iaitu kerja. Kerja merupakan satu element dalam roda kehidupan kita yang mana semua manusia akan melalui fasa tersebut.Tidak kira apa jua kelayakan, paras rupa, tahap kesihatan mahu pun darjat, semua mesti kena kerja.

2. Saban hari orang akan bercerita tentang asam garam kerja mereka. Stress, tak cukup gaji, kerja banyak, gembira dengan kerja meraka, bonus banyak, potong gaji dan macam-macam lagi. Dan ianya takan berakhir..walaupun kita bekerja sendiri.

3. Pekerjaan adalah perkara subjektif. Ianya bebas untuk dibincangkan. Ada orang suka membeza-bezakan pekerjaan orang lain. Dan ada yang memilih kawan, teman kerana kerja mereka. Dan yang lebih menyedihkan ada yang meninggalkan teman hanya kerana kerjanya atau majikannya kurang popular walaupun gajinya agak bagus.....Dunia....

4. Apa yang penting di sini, kita perlu faham kerja kita kerana melakukan kerja tanpa halatuju dan matlamat seseorang itu tetap tidak akan berjaya secara total dalam apa yang dilakukan. Memahami dan menjiwai kerja mungkin sukar untuk diperolehi dan kadang-kadang sukar difahami. Tetapi itulah realitinya. Sebab itu lahirnya perdana menteri,usahawan berjaya, ketua jurutera, ketua akauntan, pengetua sekolah yang berjaya dan sebagainya kerana mereka meminati dan menjiwai kerjaya mereka sehingga ketahap tersebut.

5. Realiti sekarang...pada saya ramai manusia yang tidak menjiwai kerja mereka. Ada sebahagian besar yang terpaksa memilih pekerjaan tersebut kerana untuk menyara hidup, tekanan hidup dan sebagainya. Pastinya, sebahagian besar orang akan menabur resume mereka di setiap tapak pameran syarikat-syarikat di mana-mana Career Fair hanya bagi memastikan permohonan mereka tersangkut untuk dipanggil interview.

6. Memang benar, negara sedang menuju kearah negara maju. Banyak sektor-sektor yang perlu dibangunkan. Pelbagai perancangan dan plan pembangunan negara sedang rancak dilakukan bagi memastikan negara mempunyai cukup sumber kepakaran dan modal insan bagi merialisasikan hasrat ini. Macam-macam jawatan diwujudkan bagi memastikan kadar pengagguran rendah terutama dalam krisis ekonomi global sebegini.

7. Tetapi adakah mereka yang mengisi setiap kekosongan dan jawatan-jawatan ini dapat menjiwai dan benar-benar faham tugas mereka? Adakah semua guru-guru muda betul-betul minat dan menjiwai kerjaya mereka?atau ianya sekadar pilihan terakhir kerana gagal mendapat jawatan yang mereka suka?

8. Atau, trend sekarang..ramai yang berlumba-lumba untuk mimilih untuk belajar ke arah kerjaya yang popular dan kritikal di IPTS yang mencanak tumbuh di negara kita. Tetapi adakah kita sedar, impaknya untuk jangkamasa panjang kalau kita tidak memandang secara halus isu ini. Kenapa? Cuba bayangkan pelajar lepasan SPM yang subjek biologi nya tidak memperolehi kredit yang cukup kuat boleh memohon bidang kedoktoran?Adakah negara kita akan menghasilkan doktor yang sekadar cukup syarat sahaja? Jangan terkejut jika ada kes hand phone tertinggal dalam perut pesakit selepas pembedahan..

9. Jadi,menghargai dan menjiwai kerja yang kita perolehi adalah penting. Kerana kita akan memperolehi ganjaran(gaji) dari majikan kita setiap bulan hasil pekerjaan itu. Itulah sumber pendapatan kita untuk kita janakan hidup kita dan itulah juga yang kita akan sumbangkan kepada keluarga kita, komitmen kita dan yang penting kita ada sumber untuk kita alas perut kita setiap hari.

10. Ingat, jika kita susah ada yang lagi susah dari kita.

11. Dan yang paling penting, janganlah kita merungut kerana gagal mendapat pekerjaan yang kita idamkan sebab kita perlu sedar kita berada di sini kerana mungkin atas kesilapan kita suatu ketika dahulu yang mebuat pilihan yang salah atau tidak belajar betul-betul.........

Comments

  1. Banyak la ko punya komen,
    Kalau tak buat camtu IPTS akan lingkup tau..
    kih kih kih

    ReplyDelete
  2. salam saudara...kerja yang ikhlas kerana Allah itu lagi penting..kerana dari situ datang rase seronok untuk bekerja..:)

    ReplyDelete
  3. Yup eiza...tq coz bg komen..:-)
    Kerja mesti seronok tuk dpt hasil yg bagus

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts