Along: Bukan Senang Jadi No.1
Part 1 (b): Zaman Kecik2 (Kampung Telok Kemang)
" Alooong, bangun mandi..kang makla siram ngan air panas ni kang"..suara mak ngah aku yang aku panggil "Mak La" kejutkan aku pepagi hari. Rase berat je nak bagun..mau x nye..duk kampung atuk aku kat Telok Kemang Sungai Terap memang best.Kalau waktu malam toksah la ckp, sejuknye bukan main..aku leh ingat lagi kain2 perca yg disambung2 kan untuk buat siling rumah. Maklumlah,dulu2 org kampung x mampu nak beli siling.
Ni la tempat aku biasenye menghabiskan mase aku setiap hujung minggu masa aku kecik2 sekitar umur aku 4 hingga 12 tahun.Kalau dulu, hari hujung minggu orang2 Johor adalah hari Jumaat & Sabtu sentengah hari bekerja..macam Kelantan & Terengganu la. So, setiap kali Mokda balik kampung naik basikal Raleigh Classic mak aku atau naik motor Honda C70 arwah ayah aku, aku akan membonceng die.
Basikal Raleigh tahun 1981 mak aku Masa zaman aku kecik2 dulu aku suka balik kampung atuk aku sebab kat sana ramai kawan yg lebih kurang sebaya aku.Dan yang bestnye kawan2 aku panggil aku dengan panggilan Along sampaila sekarang..tapi orang yang tua2 panggil aku Jep..pelik..tapi lantak laaa...
Menurut orang tua2 kampung Telok Kemang, kampung ini dinamakan Kampung Telok Kemang adalah kerana banyak pokok buah kemang atau dikenali juga sebagai pokok buah binjai yang banyak tumbuh kat kampung ni.
Pokok Buah Kemang. Pokok Buah Kemang ni keadaan fizikalnya agak besar macam pokok balak..memang besar. Kalau jalan sekitar kampung pada waktu malam agak seram la jugak..Maklumla dulu2 lampu jalan takde lagi..nak2 bile bulan mengambang meremang jek tengkuk bile lalu tepi pokok kemang. Jadi, disebabkan keunikan kampung ni yang banyak pokok buah kemang, maka tertulislah dalam sirahnya kampung bernama kampung Telok Kemang.
Seingat aku, kampung Telok Kemang ni telah memberikan satu nostalgia pada zaman kecik2 aku.Antara salah satu tempat yang bermakna dalam ingatan aku terhadap kampung ini ialah suraunya. Rumah atuk aku terletak betul2 di belakang surau. Jadi, aku dapat saksikan sendiri revolusi surau kampung ini secara jelas. Kalau x silap aku, sepanjang hidup aku dari kecil sampai la sekarang, mungkin dah masuk lebih kurang 5 kali surau ini di "upgrade". Dari half papan sampai la fully batu,dari guna beduk sampai la beduk tu dimakan anai2..semuanya dalam ingatan aku.
Apa yang uniknya surau ini ialah, ia menjadi pusat bagi segala aktiviti kampung ni sampaila sekarang. Tapi pada aku dulu kepenggunaannye amatlah fully utilize dari sekarang. Di sinilah tempat beribadat, tempat bermesyuawarah (meeting kampung, UMNO & meeting Pakatan Kampung), tempat pemuda melakukan aktiviti2 seperti latihan kompang, marhaban dan yang uniknya main bola sepak pun kami main kat sekitar kawasan surau ni.Bayangkan la setiap hujung minggu pasti penuh dengan budak2 kampung yang berkumpul main bola sepak. Jadi mak bapak tak perlu risau sebab kami x kemana2 pun bila petang2. Semua berkumpul kat surau. Bile muncul je Tok Iman (Pang Embong Samad) dengan Honda C70 petak die dekat2 nak maghrib, barula masing2 berteromba balik rumah.Nak2 Pak Long Wahab panggil anak die Bahrin ( Batok) kawan aku sorang ni dengan rotan..huu..seram sioot..guna rotan bantai lembu..tapi Batok ni anak bongsu yang manja..pantang usik ngadu saje kat mak n bapak die.."mengempeng kuat" ..hahahaha
Surau ni juga ada keunikannya lagi. Beberapa minggu sebelum ramadhan menjelma (malam Nisfu Sya'ban), setiap keluarga akan berkumpul di surau untuk menghadiri majlis doa selamat & bacaan Yassin. Dan yang uniknya..pada malam tu, semua keluarga mesti bawak sekurang2 nye 5 bungkus nasi lemak untuk dijadikan makanan jamuan. So, kalau nak tengok pesta nasi lemak bleh la datang time ni..sure kembung perut..Dan cabutan undi akan dibuat pada malam tu untuk mendapatkan no.giliran masing2 untuk membawa "Morekh" atau makanan untuk jamuan selepas solat sunat tarawikh di bulan Ramadhan. Memang meriah..macam kenduri besar kampung..Sampai sekarang tradisi tu masih lagi ada, cuma ianya seperti " Beduk Surau yang dimakan anai2", semakin lama semakin kurang meriah. Lebih2 lagi ramai pemuda-pemudi kampung yang dah keluar merantau termasuklah aku. So,sedih gak..kadang2 bile aku sempat balik kampung nak join majlis ni..dah tak macam dulu dah..mak aku pun kalau dulu masak nasi lemak meriah giler nasinye (siap ayam golek or daging kerutup) , bleh makan 20 orang sekali buat tapi sekarang mak aku masak dalam paling koman pun 5-8 bungkus jek sebab takut membazir.
Selain surau kampung, kite orang selalu main galah panjang n main badminton depan rumah Wak Leh (Pakcik Salleh). Rumah Wak Leh pasti penuh dengan budak2 bujang lepak malam2 sambil main badminton n borak2 kosong. Aktiviti mingguan yang menarik kat kampung ni jugak ialah kenduri tahlil. Fuuhh..kalau kenduri setiap malam jumaat..mesti ramai beb dulu2..time tula nak makan sedap2..kalau kenduri tu kadang2 mengalahkan kenduri kawin..ramai giler..kalau jadi tuan rumah penat tak ingat..aku rase ade la setiap kali kenduri tahlil tuan rumah mesti kene prepare atleast 20-30 dulang/hidang makanan. Dan makanan nye juga meriah..sampai boleh buat aktiviti pasca tahlil iaitu tapau menapau.Bile dah besar ni..kadang2 aku terfikir jugak..tradisi ni kadang2 membawa kepada satu adat yang boleh bercanggah dengan apa yang sepatutnye kita buat (objektif) tahlil tu. Bukan ape, kadang2 kesian tuan rumah sebab tak sempat nak bersama2 membaca Yassin dan berdoa bersama2 jemaah. Sibuk menyiapkan juadah kepada tetamu & hingga lupa atau tak sempat tuk buat apa yang penting sepatutnya.Nilah yang dikatakan adat...tu yang ade orang mengatakan Bid'ah..tapi sebagai umat Islam yang berbangsa Melayu..pada aku kita mesti pandai menyesuaikan diri dan pandai menggunakan waktu yang sesuai untuk meyampaikan sesuatu kebaikan sebab orang tua2 ni susah nak tegur..
Berbalik pada kenduri tu..aku masih ingat 2 peristiwa yang amat aku x leh lupakan. Kedua2 peristiwa tu ada kaitan dengan kenduri tahlil dan kedua2 nya melibatkan pakcik aku Mohd Sani Bin Salim (Aicik) dan basikal tuanya (Basikal Jaguar/Tua).
Basikal Jaguar Kisahnya amat lucu..tak ubah macam citer drama2 kat Cerekarama TV3,Astro Citra & Astro Prima. Dan iainya terjadi berturut-turut pada hari yang sama. Aku dan pakcik aku ni beza umur lebih kurang 7 tahun. So kami ni agak rapat la, kalau nak kemana2 aku akan bonceng die naik basikal juguar die (maklumla dulu tak de motorsikal). Nak jadikan citer..satu hari aku n aicik nak pegi kedai kat ujung kampung.
So nak lalu jalan short cut kami lalu la jalan tepi sungai. Tiba simpang kat hujung kampung aicik tak bleh control basikal die sebab ade sekumpulan angsa lebih 10 ekor duk tepi jalan. Lalu kami jatuh dalam kumpulan angsa tu..tuhan sajela yang tahu perasaan aku mase tu..maklumlaa ko kene keliling angsa yang suka patut orang.Habis aku kene sudu..lebam kaki aku...Haa tu kejadian siang hari..malamnye plak aku n aicik nak pegi la kenduri tahlil kat sebuah umah kat depan kampung..Sebab dah terlewat die pecut la basikal tua die tu..ntah macam mane terbabas kami jatuh depan kawasan kubur..MaasyaAllah..berderau sioot darah gueer..mau taknye..dah la jatuh kat kubur..gelap dan nak jadikan citer malam jumaat plak tu..dah tuu time tu tengah popular musim hantu Isabella (Hantu ade 2 wajah -sebelah cantik n sebelah hodoh)..lintang pukang kite orang lari..bedarah lutut aku..tapi kenduri punye pasal kami teruskan jugak..koyak seluar koyak la..asalkan sampai n kenyang..hehehe
Emm..tapi sekarang kampung atuk ni la dah jadi kampung aku sebab mak aku dah beli tanah kat kampung ni tuk buat rumah. So..tahun 1997 secara rasminye kami sekeluarga berpindah ke sini n menjadi warga Kampung Telok Kemang.Walaubagaimana pun aku sebenarnya tak berapa suka duduk tetap kat sini..entah la..nanti la aku citer...
bersambung.....

Comments
Post a Comment